Monday, 7 March 2016

aku sayang pada mu 2


"Zif  jom sarapan nasi lemak ni, aku beli 3 bungkus". 
"Tiga oii mentedagha ke Mal!" Hazif berseloroh melhat nasi lemak kukus di depannya. Hazif yang telah bersarapan pun teruja dengan aroma nasi lemak kukus itu. 

"Sedapnya bau..mmmmp!" Sebelum ini Kamal ada memberitahu yang di depan restoran pejabat mereka ada warung baru yang menjual nasi lemak kukus yang sangat sedap. Kamal membelinya selang sehari. Macam ketagih pulak.

Hazif rakan sekerja Kamal melihat Kamal lambat masuk pejabat hari ini. Hazif memandang tepat muka Kamal "Kau suka kat nasi lemak atau tuan yang jual nasi lemak".

"Hish mana ada, suka kat tuan tentulah nasinya. Cuba bauu harum kan" celah Kamal. 

Aku lihat semenjak dua menjak ni kau asyek makan kat luar je. Isteri kau mana?. 
"Ada" Kamal menyuap nasi lemak yang berlauk sambal sotong kering. 
"Dia tak sihat ke nak masak sekarang?"
"Esyh banyak tanya pulak, makanlah nasi lemak tu, kalau tak aku beri Jenny tau"
"Okey okey aku makan,... bismillah" sambil membuka bungkusan nasi lemak kukus itu.

"Mal kau tahu tak yang budak pompuan yang tolong tu sedang belajar dan mak ayahnya acident. meninggal" tersembur air yang sedang di minum Kamal.
"Kenapa kau terkejut"
"tadi aku borak dengan dia kata nak masuk kolej buat diploma"
"Ya ke.. aku dengar dari tuan punya nasi kukus tu, katanya anak sedara dia dari Kelantan dan keluarga susah datang cari kerja"
"Kesian kan Mal..."

Kamal hanya diam bila Hazif memberitahu Iffah yang baru di kenalinya itu tadi. Sangat manis dan sopan di mata Kamal. Tetapi dia bercakap tidak nampak macam orang Kelantan. Mungkin agak terpelajar budaknya fikir Kamal.

ayang fahmilah 1


Sampai di muka pintu Alif terisat-pisat bangun menuju kepintu bila mendengar kereta masuk ke porch. Izril mendukung Alif, namun Alif bersuara, "Mama dah balik " "Iya sayang nanti mama masuk. Mama baru sampai penat" 

Risya mengangkat beg nya masuk dalam rumah. Risya memeluk Alif kesayangannya. Dicium berkali kali. "Rindunya buah hati mama ni" Alif merikuk tersenyum bahagia di dalam pelukkan mamanya. Baru 5 hari mama tiada dirasakan setahun. "Alif rindu mama" "Alif sayang mama rindu juga, papa ada". "Best Alif pegi swimming dengan papa" "Iyaa." Rasa bahagia sangat berada dirumah. detik hati Risya.

Setelah beberapa jam masuk mesej."Adik abang dah sampai di samping suami". Risya senyum. "Iya dah dapat ciuman sayang dah" balas Risya.

......sambung.......

aku sayang pada mu 1


Risya melangkah dengan longlai menaiki tangga bas espress Mayang Sari untuk ke Kuala Lumpur. Disisinya Tini yang menjadi muhramnya. Sahutan pemantu pemandu bas diiringi ngauman injin bas express tidak diendahkan oleh Risya. Tini melihat sahaja kak Risya mengelamun, entah sampai ke mana.

"Ayang Risya kene pergi juga ke KL" kata-kata Risya membuatkan Kamal yang hanya diam membatu. Sepi tanpa reaksi. Di dada Kamal berombak kencang bagai Laut Cina Selatan.
"Abang kan dah kata, susah. Susah ni kalau Risya tiada".

Puas Kamal menerangkan masalah akan timbul bila Risya syek ke Kuala Lumpur. bukan Kamal tidak mahu fahami kerjaya Risya tetapi seminar itu bukan wajib. Ianya sekadar seminar motivasi kerjaya sahaja. Kenapa harus ke Kuala Lumpur, di Johor Bahru pun masih ada badan yang menganjurkan progrem begitu. Kamal rasa sangat tidak setuju bila Risya setiap bulan malah sejak tahun lepas hampir setiap bulan dia ke Kuala Lumpur. Alasan jumpa kawan , seminar berbengkel berpameran dan entah apa sahaja menjadi sebab Risya mahu ke KL.

"Risya ingat abang ni tunggul ke!! ayang anggap abang ni tak boleh faham kehendak isteri!!  Mana tanggungjawab Risya sebagai ibu? Mana? Mana?" Risya menangis terisak-isak bila Kamal mengamuk disebabkan dia meminta izin hendak raikan hari-jadi rakannya di Kuala Lumpur.

"Fikir betul-betul, penting sangat ke sambutan birthday tu!!" Kamal membentak. "Ayang kan baru minggu lepas ke KL. Macamana dengan Alif yang baru sahaja rede demamnya hari ni".

Risya bersuara perlahan sangat namun Kamal menyinga melihat perlakuan Risya.

"Abang tak faham bagaimana persahabatan Risya dengana kawan-kawan tu?" suara yang hampir tidak kedengaran.

"MassyaAllah..Risya, Risya lantaklah kamu kalau ayang nak pergi juga."

Risya memeluk Alif sambil menangis terisak-isak. "Jangan peluk Alif nanti dia keliru, mama dia sayang atau pura-pura sayang"  serentak itu Kamal merangkul Alif dari pelukkan Risya dan keluar.

"Papa bawa Alif?" Alif memeluk erat Kamal. Genangan air mata Kamal dengan dada yang membuak-buak hampa dengan sikap Risya kini.

Risya tidak ke Kuala Lumpur. Kamal mengharap Risya boleh beri perhatian tugas dan tanggugjawab sebagai ibu dan isteri. tapi Kamal dapat rasakan sesuatu yang tidak selesa dengan Risya sekarang.

Malam itu Risya menalipon seseorang yang Kamal tidak tahu siapa? Tapi Kamal syak orang yang dihubungi Risya itu seorang lelaki. Kamal pasti sangat kerana sejak akhir-akhir ini ada bau-bau kemesraan dari staus fb isterinya Risya.

"Kak Risya kita dah sampai KL" Tini mengejutkan Risya yang rupanya lene bersama kisah semalamnya dengan Kamal.
"Oh ya akak lena sungguh pulak, Tini tak tidor ke"
Tini senyum dan memberitahu dia juga baru tersedar dari lene tadi.

Mereka turun dan melangkah dan mengambil teksi. Mudahnya selalu bermusafir tidak banyak masalah yang dihadapi kerana terlah biasa.

"lepas solat subuh tadi akak dah call abang Kamal" kata Risya tanpa menunggu Tini mengingatikannya. "Alhamdulillah okey lah tu. Tak lah abang Kamal risau".

Jam 9.00 pagi mereka tepat sampai di Gombak tempat mereka akan hadiri kursus. Seminar berbayar itu sangat-sangat teringin dihadiri oleh Risya kerana Puan Ainon itu adalah idolanya selama ini dan amat diminatinya. Penulisan Puan Ainon sangat terkesan dihatinya malah menjadi asbab di mula berjinak dengan fb. Dan disinilah dia bertemu dengan seorang motiveter iaitu Ridwan.

Tuan Ridwan sangat peramah dan mempunyai banyai idea yang menarik dan bila berbual dengan Tuan Ridwan Risya rasa dia sangat bersemangat dan teruja untuk menjadi wanita berjaya.

'Aku kene jadi wanita yang ada matlamat dan perjuangan' detik hati Risya.

Telah setahun perkenalan dengan Tuan Ridwan menjadikan Risya sangat yakin dengan diri dan matlamat perjuangannya. Apatah lagi isteri Tuan Ridwan sangat baik dan lemah lembut bila berbica membuatkan Risya terpesona dengan dua pasangan ini.

"Risya" lontaran suara itu amat menyegarkannya. "Ya saya Tuan Ridwan" "Ahh apa pulah bertuan-tuan panggil aje abang" Ridwan memberi seribu senyuman dan kemesraan pada Risya. Hati Risya berbunga;bunga. "Mana Tini, bodyguard Risya". Risya senyum semanis mungkin. "Alla abang ni, kita depan mata tak tanya... tanya orang tidak ada pulak" manja dengarnya suara itu ke telinga Ridwan. Ridwan senyum dengan dada yang lapang dan minda yang segar.

Setelah selesai seminar, para peserta ada yang pulang awal dan ada yang menghabiskan minuman petang yang disediakan. Disebuah meja terlihat  Tuan Ridwan bersama empat peserta seminar lainnya dan Risya juga ada bersama. Perbualan makin rancak dan sesekali mereka semua ketawa berderai. Nampak sangat mesra dan mengembirakan. Risya pulang ke apartmen sewaannya dengan gembira dan riang. Puas dapat bersua muka dengan Tuan Ridwan tadi. "Dia suruh panggil abang..heheh" Risya tersenyum dan sangat gembira bila teringat kannya.

Sebelum tidur ada masej masuk ke handpon.
"Apa khabar Risya dah tido ke.."
Risya senyum dan terus menukar title handpon dari Tuan kepada Abang. Kini bertulis 'Abang Ridwan'. Risya senyum lagi. Tiba-tiba masuk satu lagi mesej. "Jangan tido lewat ya"
Risya senyum lagi. Risya membalas mesej itu "Ok abang Risya dah ngantuk ni. Selamat bermimpi...LOVE".

Ridwan yang maseh di meja laptop senyum. Narima yang melihat suaminya tersenyum dan dia juga tersenyum sendiri. "Abang tak mahu masuk tidur lagi.." "Haa... kejap lagi abang siap kan yang ini..".

Paginya Ridwan memberitahu dia keluar awal sebab berjanji untuk sarapan di luar. Ridwan telah beritahu Narima dia ada temujanji jam 11.00 tengahari. Abang balik makan tengahari tau sebab nak jumpa En Fadli sekejap sahaja. "Okey nanti masak kari ikan merah semalam ya bang" Kata Narima.

Diwarung Bonda, kelihatan Risya dan Tini ada disudut meja, Ridwan datang dan terus memesan teh tarik bersama roti canai kosong. Sambil makan mereka berbual sekitar seminar semalam dan Risya melahirkan rasa teruja sangat idea yang Ridwan utarakan semasa seminar. Ridwan tersenyum puas.

"Ini abang nak tanya, Risya ni kemana-mana suka jubah hitam ke" air teh tarik diteguk Ridwan sambil memandang pada Risya. "Tini betul kan kata saya, kak Risya kamu ni asyek pakai warna hitam saja. kan betul kan Tini" Tini yang hanya diam turut tersenyum lebar kata-kata itu. "Abang rasa Risya kalau pakai yang warna yang lain-lain lebih menarik". "Abang memang suka pompan bertudung labuh biar tutup dadanya".

Risya memandang Tini seperti memikirkan sesuatu. berkerut sikit wajah Risya lalu berkata "Isteri abang suka pakai apa?". "Ooo,, kak Narimah kan berkerja. Dia pakai baju kurung lah jarang pakai jubah," "Patutlah abang tak suka orang pakai jubah" ""Tak lah abang suka Risya pakai jubah tu dengan tudung cantik, cuma janganlah jubah hitam saja". Ridwan ketawa kecil dan menghabiskan air teh tariknya.

"Jom abang hantar nak pergi mana?"/

Petang itu selepas  minum petang handpon Ridwan masuk. Dari 'Dik Risya'. Mesejnya memberitahu bas untuk balik ke Johor jam 7.30 malam. Ridwan terus menekan untuk panggilan, "Assalamualaikum, abang datang lah ya"
"Tapi abang nak datang ni jumpa  adik abang"
"Manalah susuahnya nanti rindu macamana? hahaha"
Ridwan tergelak besar nampaknya. Narima memerhatikan sahaj gelagat suaminya.
"Tak tak  tak abang datang abang datang tunggu ya abang sampai kejap lagi"

Ridwan terus mengambil kunci kereta nissan viosnya keluar rumah. Narima hanya duduk memerhati tanpa suara. Ridwan tidak menoleh pun pada Narima didepannya tadi. Narima pelik.

......................................................sambungan.............................